Nuffnang

Shoplinks

Saturday, 27 August 2016

Requirements for application to SBP



PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Permohonan hanya secara online melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
2. Pemohon perlu mencetak sesalinan (1) permohonan lengkap untuk rujukan dan simpanan.

SYARAT-SYARAT TAWARAN
1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat  tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, lelah (asthma) atau penyakit berjangkit;
3. Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan;
4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN SATU (1)
  1. Pelajar, ibu bapa atau penjaga mestilah merupakan warganegara Malaysia
  2. Pelajar dari sekolah kebangsaan sahaja
  3. Mencapai 5A atau 4A, 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR 2016) dengan memperoleh gred A dalam dua mata pelajaran iaitu Matematik dan Sains
  4. Haruslah aktif dalam kokurikulum
  5. Walaubagaimanapun, jikalau anda aktif kokurikum sehingga mewakilki negeri anda ke peringkat kebangsaan dan memperolehi sekurang-kurangnya 4A 1B dalam UPSR, permohonan SBP 2017 anda akan dipertimbangkan
  6. Selain, itu jikalau anda datang daripada keluarga miskin tegar tetapi berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR 2016 serta aktif dalam kokurikulum, anda juga akan dipertimbangan kemasukan ke SBP
SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN EMPAT (4)
  1. Semestinya anda dan keluarga adalah warganegara Malaysia
  2. Aktif dalam kokurikulum
  3. Keputusan PT3 2016 mestilah sekurang-kurangnya memperolehi 6A termasuk subjek Matematik dan Sains PT3, wajib A
  4. Bersekolah di sekolah kebangsaan
KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID
Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut :
• Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia;  www.moe.gov.my
• Kaunter BPSBPSK
• Talian BPSBPSK : 03-83217400
• Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
• Makluman melalui SMS
• Kiosk BPSBPSK

Klik sini untuk link kepada FAQ ke SBP.
Klik sini untuk link kepada ALIRAN SBP TINGKATAN 1 TAHUN 2017 & LAMAN WEB SEKOLAH

No comments:

Post a Comment